12 January 2018

Hestek2017

Assalamualaikum J 


Happy New Year 2018..


Semoga semua nya dalam kondisi yang baik baik ajaa yaa..aku nak berkongsi satu cerita yang agak struggle jugak lah untuk aku lalui seorang diri..eh tidak! Maksud aku,aku lah watak utama nya..nak bagi faham sikit hestek2017.. maaf dahulu kerana entry kali ni kebarangkalian isi-isi nya terlalu panjang..


Dari ketika aku didefinasikan sebagai seorang pelajar sehingga sekarang,aku memang punyai masalah kulit berjerawat..katanya keturunan yerk? Mungkin betul dan mungkin juga tidak..

*angkat bahuuuu


Selalu memang akan macm ni bila night shift


Ketika ini aku bekerja dalam kawasan under construction..so masa tu segala habuk dan debu pun macam jerebu dan baru aku tahu ada yang nipis dan yang tebal..* apa kau fikir manusia jerk ada yang kurus ada yang gemuk? Banyak hari jugaklaa aku harung segala yang tidak sihat tu..hmmmm




Minggu pertama 


Sehingga lah satu hari aku sedar yang kulit muka ini semakin hari semakin teruk...kenapa teruk sampai macam ni? so aku decide untuk pakai mask pergi kerja..Malu!! dalam dua ke tiga minggu jugak laa pergi kerja pakai mask..bukan setakat pergi kerja,bila hang out dengan member-member pun..aku akan bukak bila nak makan saja..dan masa tu jugak duit aku banyak habis beli mask..yelah sehari dua mask,kadang bila dah bukak tak kan nak pakai semula kan?its not good! tapi rimas jangan dok kabo laa guane,ha ha ha ha…














Setiap hari kawan akan ambik gambar untuk tengok perubahan 


Sampai satu tahap aku rasa dah tak mampu nak teruskan dengan keadaan kulit macam tu untuk berhadapan dengan orang lagi kan,lagi pulak kerja macam ni memang akan jumpa pesakit hari-hari lah.. *nanti pesakit cakap “apa muka misi ni macam nih?haa kan daa kecik hati tu L .Diri sendiri dah low confident tambah pulak dengan orang sekeliling (sesetengah saja) yang tak faham dengan keadaan aku alami masa tu.. then aku decide untuk bercuti..usaha dan tawakal..Banyak bulan jugak ulang alik balik kampung buat rawatan..masa tu segala apa yang jadi favourite aku,yang jadi tabiat aku seratus peratus berubah!aku kena terima semua tu..paksa terima!! *Abah pergi kedai nak beli tomyam,yelah anak dara kesayangan balik kan,sekali lupa anak dalam pantang dan aku pun dengan tenang jawab,tak apa lah abah..adik okay! Sis redha sangat..^--^



                              ikut mak abah pergi kenduri..muka bengkak tapi nak jugak senyum.LOL!




Sambil usap pipi aku yang manja nih mak cakap “kita usaha dan ikhtiar,Allah dengar doa  kita..insya allah dik..sembuh lah suatu hari nanti jangan putus asa“ time ni memang menangis gila babeng kau..
setiap malam sebelum mak tidur ke lepas solat ke,mak akan masuk bilik usap lagi muka ni sambil doa..aku sedar okay! Tapi pura-pura tidur..he he he ..


Selama berbulan-bulan tu..hanya aku sendiri yang boleh tanggung semua tu..bila mana nak cuci muka,sakit! nak sentuh? lagi sakit..nak pakai tudung pun sakit..mengalir airmata sangat! hermm.. L ada hari yang aku menangis sebab tak termampu nak lalui sakit macam ni..bangun pagi pergi tengok muka kat cermin,ada lagi keluar jerawat tu..besar ada kecik ada..sakit! balik kerja tengok lagi..bak cendawan tumbuh..lagi stress! selama 26 tahun hidup,inilah yang pertama aku lalui..Pernah sampai terfikir muka ni kena buatan orang agaknya buat itu ini semua tak jadi… lagi teruk!




Join trip ke Cameron Highland 


Masa dalam rawatan tu,masa tu jugak lah ramai kawan yang kawen nya..aku pun pergi la sebab ada peluang..pergi dengan keadaan muka macam tu,masa ni redha je dah orang pandang-pandang..aku set dalam kepala,kalau ada orang sengaja tanya,aku nak jawab “kesan demam campak” ha ha ha..demi kawan tu juga aku kena jadi pengapit pengantin taw..aku teruskan jugak ..masa hari kenduri tu aku datang untuk pengantin je then aku balik rumah.. J..aku tak boleh kena panas..kesan dia bawak berhari-hari..gatal gatal lepas tu jadi merah muka..siapa boleh tahan weh! Dalam masa tu jugak lah pergi celebrate birthday kawan yang lain..sendiri tengok gambar tu pun takutttttt..







Balik kampung,esok nak jadi pengapit nih!




Pergi celebrate birthday kawan 



Punyai kawan baik yang sanggup kaji selidik kulit muka jenis apa jenis apa..itu anugerah bagi aku..hari hari whatsapp aku macam-macam..nasihat itu ini..alahaii bertuah sangat hidup ni..much love friends. aku bertuah sebab dikelilingi dengan kehadiran kawan-kawan dan keluarga terutamanya,hari-hari bagi sokongan dan semangat..mereka suggest aku macam-macam ubat..apa yang boleh makan apa yang perlu elak..setiap hari hidup aku dikawal oleh mereka..secara sihat la aku maksudkan..sehingga sekarang jugak..Alhamdulillah..mereka aku anggap seperti kakak-kakak dan emak menjaga adik/anak sendiri..

*hug erat-erat*






Celebrate birthday aku pulak laa




Masih ada yang sayaaanggggg.....



Kemudian aku jarak kan masa untuk buat rawatan tu,aku bebas kan muka dengan tak pakai apa-apa pada muka..bedak pun kadang kadang je sapu..masa tu muka aku seriously gelap..yelah tak da SPF langsung kan..gagah kan jugak diri ni nak jumpa orang sekeliling dengan kulit macam tu..masa pergi kerja okay lagi bila masa dah tengah hari haaa masa tu seperti tudung je yang nampak bergerak..tudung kerja pulak warna putih! *Naik sangat seri tu ha ha ha..dan bila tengok balik gambar tu,selalu kena bahan dengan kawan-kawan taw..aku sendiri pun tak percaya.. J *pergi event hosp,kawan terpaksa edit bagi nampak cerah tapi still tak membantu kahkahkahkah








 Join event hosp 


Betul lah mak abah pesan hari tu,walaupun lambat insya allah berhasil kesan nya..semua dengan izin Allah kan..aku bersyukur sehingga hari ni dan aku harap sampai bila-bila pun..semakin hari semakin elok dan sihat..Syukur Alhamdulillah..setiap kali balik mesti mak abah akan survey muka dulu..nampak je depan pintu “haa dik tengok muka?”sambil pegang pipi kiri kanan..itu laa kebiasaan nya..makan pun masih lagi pantang..dah tinggal seafood,segala penambah selera tu pun..macam budu,belacan,sambal..bila ada rasa terliur tu jamah jugak la sikit..sikit jerk..




Kebetulan lighting cantik je..



 Okay! Ketika terjadi nya kisah ini,banyak kemungkinan yang terjadi disebaliknya..kawasan tempat kerja tu mungkin lah salah satu faktor nya,kemudian ada lagi faktor lain yang seiring ..antara nya mybe masalah hormone jugak..tak menentu masa tidur nya,stress fikir masalah datang dan pergi dengan tiba-tiba…dan yang paling top top nya biarlah antara mereka yang disekeliling tahu .. so bila bercampur segala kemungkinan tu,maka terjadilah apa yang aku lalui tu..he he he…






Apa yang berlaku semuanya ada hikmah tersendiri..Allah tahu kemampuan aku tahap mana untuk lalui semua tu..Terima kasih laa untuk keluarga utamanya yang banyak berhabis wang ringgit dan doa untuk sihatkan anak perempuan sorang ni..untuk kawan-kawan rapat yang tak putus-putus bagi semangat,kawan-kawan tempat kerja  dan orang jauh yang selalu ingatkan apa yang perlu beri semangat dan terima diri ini seadanya..untuk mereka yang selalu berada disisi,tahu siapa aku maksudkan..memang tak terbalas segalanya..hah sedih pulakss nih! Alhamdulillah semakin sihat.. hestekGIRLPOWER!..




Dah ok sikit dah..dengan Eyla & Dayah 


Cukup lah untuk berkongsi cerita ini..apa-apa pun kena sabar dan usaha selagi mampu..betul,ada lagi yang lebih teruk dari aku sebenarnya..dan aku jadi lebih confident bila tengok Charisafranc :)


Terima Kasih..Jumpa lagi next entry 





Assalamualaikum 




11 November 2017

Yang Terindah - Achey

Assalamualaikum


Have a good day sunshine :)



Last entry hari raya aidilfitri,Misi sibuk dengan kerja dan jaga hati orang jerk..hahaha


Actually ada je idea nak publish tapi masih belum sampai untuk dipublishkan lagi..tengok lah next time pulak maca mana kan..


Sedang aku asyik tengok news feed nih,ada pulak yang pasang lagu Achey ni..banyak kali repeat boleh tahan best jugak..dengar lagi makan dalam jugak nih..hahahaha..oops!sebelum ni kawan kawan asyik play lagu ni je tapi buat buat biasa jerk,mybe that time perasaan tak menjiwai lagii lirik lagu ni. ^_^


lihat diriku
aku merayu walaupun secebis kasih beri kepadaku
ia cukup bermakna sebelum ku terlena
lena untuk selamanya
yang terindah
engkau tetap didalam ingatan
yang terindah manis mengatasi kepahitan

cintaku tetap satu
hanyalah kepadamu
yang tersemat diragaku

yang terindah
ku pintakan di dalam doaku
yang terindah
bila tercipta cinta padamu

setia dijiwaku
setia dihatiku
kaulah yang terindah

lihat diriku
aku merayu secebis kasihmu
ia bermakna sebelum lena
lena selamanya

cintaku tetap satu
hanyalah kepadamu
yang tersemat diragaku

yang terindah
ku pintakan di dalam doaku
yang terindah
bila tercipta cinta padamu

setia dijiwaku
setia dihatiku
kaulah yang terindah

yang terindah
ku pintakan di dalam doaku
yang terindah
bila tercipta cinta padamu

setia dijiwaku
setia dihatiku
kaulah yang terindah

ku pintakan di dalam doaku
yang terindah
bila tercipta cinta padamu

setia dijiwaku
setia dihatiku
kaulah yang terindah








Hayati laa bersama sama jiwa yang pilu ..hahahha



Next entry jumpa lagii kalau dipanjangkan umur..

Love 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...